Monday, February 16, 2015

my dear {heart}

assalamualaikum hatiku
aku harap kau baik baik selalu, aku harap keadaan kau semakin pulih,

wahai hatiku,
kenapakah kau selalu sakit setiap kali aku cuba untuk bangun dari tidur?

ohh hatiku,
adakah kau sudah tidak mahu pulih dan menjadi bersih dan sihat seperti hati hati yg lain?

wahai hatiku anugerah Allah
adakah kau masih mampu untuk melihat ibuku berkerja keras untuk menampung ubatan aku supaya dia tidak lihat anaknya ini merana kerana kesakitan?

sudahlah wahai hati..
berhentilah daripada menanggung kesakitan, berhentilah menyusahkan orang lain, berhentilah dari menagih simpati dari org lain..

ibu dan ayah yg aku sayangi dan cintai..
abg minta maaf kerana telah membebankan ayah dan ibu, abg minta maaf kerana menjadi bebanan kepada kamu berdua,  abg tahu kehidupan kita tidak sesenang orang lain, tapi percayalah ibu ayah, abg tak pernah terniat pun untuk alami penyakit seperti ini, ini dugaan tuhan kepada abg.. jadi biarlah abg tanggung keseorangan., setiap kali abg terima duit belanja dari ayah dan ibu, abg akan guna waktu abg terdesak je yahh,, yg lain abg guna untuk beli duit ubat abg,, sampaikan abg terpaksa makan milo untuk tampung perut abg yg lapar dek kerana tidak makan buu,, abg mahu berhenti dari membebankan ibu, abg tak sanggup tgk ibu pergi kerja pagi balik petang untuk tampung kehidupan abg, sampai satu tahap. ubat abg da habis dan abg xde duit sbb duit uh abg guna untuk beli buku, abg terpaksa tahan sakit tuh selama mana yg mungkin buu,, abg tahan sakit tuh dari awal bulan 12 tahun lepas sehingga kini,, bila ibu ayah tanya ubat ada lagi,, abg xpernah cakap ubat abg da habis, abg taknak buat ayah ibu risau dgn keadaan abg kt sini.

ibu dan ayahku yg disayangi, .. keadaan anakmu ini sudah semakin rapuh, tidak terdaya untuk mengukir tangisan dihadapanmu, kerana aku yakin tangisan kamu berdua lebih pahit berbanding tangisanku, senyumanmu yg menyambut aku balik dari kolej sudah cukup membuat hatiku sebak,  ibu ku sayang,, maafkan abg buu kerana tak dapat jadi anak yg kuat dan soleh kepada keluarga ini.. abg da tak kuat buu, setiap tgh malam abg akan berselubung dan menangis menahan kesakitan ini, setiap pagi abg akan cuba bangun walaupun ada seseorg yg cuba menarik perhatian abg supaya tidak membuka mata, tapi abg kuatkan semangat abg untuk bangun kerana abg belum bersedia melihat ibu menangis sekali lagi untuk melihat pemergian abg, sekurang2 nya, abg akan menghadiahkan ibu segulung ijazah sebelum abg pergi, abg da xde sesiapa kt sini kecuali ibu ayah dan keluarga, org yg cuba bangunkan abg dan ceriakan abg sudah pergi dari kehidupan harian abg buu,,

ayah.. aku bukan anak yg kuat, aku tak dapat penuhi kehendakmu ayah,, ayah ! abg tahu abg anak paling sukar nk ucapkan iloveyou tuk ayah tapi tuh tak bermakna abg x sayangkan ayah.. ayah selalu beri abg semangat walau apa jua anak ayah ni lalui, didikan ayah terhadap abg sangat tegas, tapi hanya itu jer mampu mendewasakan pemikiran anak ayah ni, ayah seorg insan yg paling abg kagumi, mampu mendidik kami beradik menjadi seorang insan yg berguna,, ayah.. jika suatu hari aku ditakdirkan pergi dahulu, abg minta agar ayah terus menemani abg walaupun sudah berlainan alam,, temani abg dgn al-fatihah.. abg cuba menjadi seorang yg paling kuat dalam keluarga kita, abg akn cuba menolong keluarga kita tapi jika abg tak sempat, maafkan abg ayah..

"hati, izinkan aku untuk membahagiakan ibu bapa ku dahulu"

No comments:

Post a Comment